Wallpaper islamik.
Assalamualaikum... Di bawah ini adalah tugasan yang dipertanggung-jawabkan kepada Kak Alin bagi membuat design dan lukisan untuk www.Isla.my . Jadi sesiapa yang berkenan nak download bolehlah melakukan sedemikian secara PERCUMA di sana ye tanpa versi 'watermark yang menyemakkkan' macam yang Kak Alin uploadkan di sini. Sekian..
Jom mewarna untuk adik-adik
Salam... untuk adik-adik yang rajin bolehlah cuba mewarna lukisan di bawah ye. Sejujurnya lukisan ni bukan lukisan Kak Alin. Kak Alin hanya tukar watak perempuan tu saja sebenarnya... heee.. Selamat Mewarna!!
Jom melukis langsir di Adobe Illustrator!!!
Assalamualaikummm... Cantik tak lukisan langsir kak Alin ni? Haaaa... Kalau cantik, cer cuba lukis macam Kak Alin ni ye.. Kak Alin pun baru belajar melukis langsir ni. Cuba buka link yang Kak Alin berikan di bawah.. Buat jangan tak buat tau!!
Jom ikut langkah-langkah melukis langsir di... Selamat mencuba!!
http://www.noupe.com/design/adobe-illustrator-tutorial-creating-a-realistic-curtain.html
http://www.noupe.com/design/adobe-illustrator-tutorial-creating-a-realistic-curtain.html
Karikatur Perkahwinan DIN & JU
Assalamualaikummm... Alhamdulillah... Berjaya juga Kak Alin siapkan karikatur ni. Biasa dalam seminggu Kak Alin akan siapkan tempahan. Memandangkan melukiskan karikatur ni kerjaya sampingan Kak Alin sahaja. Jadi bila sibuk dengan kerja-kerja hakiki di ofis, kadang-kadang tertunda juga kerja hok satu ni. Tapi... tapi... tapi.... wahai Hasaruddin... tahukoh demo Kak Lin ni setengah mati sebenarnya nak siapkan karikatur ni? Aduuuuiiiii... Panjang ceritanya.. Tapi x pa... Kak Lin pendekkan je. Sebenarnya karikatur ni adalah yang kedua Kak Alin buat. Kali pertama masa semua dah beres ingat nak tambah sikit-sikit nak bagi cantik sikit, sekali laptop buat hal. Terus gelap dan begitu jugalah gelapnya pandangan dan jiwa Kak Alin. On balik laptop... terus hilang bahan tadi. Memang tak masuk akai. Karikatur tu hilang terus. Rasa macam nak terjun bangunan je... huuu.... tapi... takkan Kak Alin nak buat gitu kan? Makanya dengan linangan air mata Kak Alin memulakan kembali karikatur Hasarudin dan pasangan dari A balik. Sedih nya Allah je tahu... Huuu...Dugaan betul... Tapi... Tu la dengan kekuatan semangat yang Allah bagi pinjam, Kak Alin berjaya siapkan karikatur ni bukan satu tapi dua... sampai dua hang order kan Din. Alhamdulillahhh... Haa... Gitulah cerita di sebalik pembukinan karikatur Din & Ju ni... Aikk.. panjang la pulak cerita Kak Alin kali ni. Pecah rekod sendiri... Apa-apahalpun... Moga Din & Jue berbahagia meniti hari-hari yang bahagia itu nanti ye... Kak Alin doakan moga kalian sentiasa berada di dalam keberkatan-NYA. AMINNNNN...
Seni Khat Yang Sangat Cantik
Assalamualaikum... Kak Alin sangat-sangat teruja dengan seni khat yang dihasilkan ini. Lama dah Kak Alin berangan dan bertekat untuk belajar khat ni. Tunggu satu hari nanti... Ini adalah hasil kreativiti seorang hamba Allah di gerai majalah IMAN di karnival JOM FIESTA (Utusan Karya).Rasa-rasa belajar dengan AWANG PURBA ok kot... Lama dah juga dok kagum dengan hasil-hasil karya AWANG PURBA ni... InsyaAllah...

.jpg)
































