Header Blog buat Zalina Zainon

Sedang berusaha menyiapkan HEADERBLOG yang agak lama untuk Kak Alin siapkan. Tugasan HAKIKI yang sibuk membuatkan Kak Alin menjadi ssedikit LEMBAB dalam membereskan tugasan melukis Kak Alin... Maaf ya Zalina... Moga Allah sentiasa memberikan ilham buat Kak Alin dan tubuh badan yang sihat buat Kak Alin supaya Kak Alin akan terus boleh berkarya... Aminnn... Aminnn... Amin ya Robbula'laminnn....


Cara melukis 'Swirl Curl Vector' di AI

Mungkin ada cara yang lebih cepat dari apa yang Kak Alin tunjukkan di sini. Kak Alin hanya menggunakan 'pen tool' secara kasar sahaja.
Kak Alin menggunakan 'pen tools' dan lukis garis lengkungan yang dikehendaki.
Memang nampak kasar kan?
Tapi kita 'adjust' balik garis-garis yang kasar tadi dengan 'smooth tool'.
Lihat, kita dapat line yang lebih 'soft' di sini.
Untuk mendapatkan line art dari garis-garis yang kita buat ini,
ini rujuk pada... LINE ART.
Bila line art kita dah dapat baru boleh kita masukkan warna. Kak Alin banyak
menggunakan warna gradien di sini bagi menghidupkan lagi tona warnanya di sini.
Ok... Dah siap... Selamat Mencuba ye!!!

Poster muslimah

Tutorial membuat PATTERN BRUSH di ADOBE ILLUSTRATOR (AI)

Cuba lihat corak-corak yang ada di sini. Semua corak ni kak Alin 'create' di AI dan caranya sangat mudah dan cepat. Cuba ikut langkah-langkah yang Kak Alin tunjukkan di sini...







Di bawah ni pula contoh-contoh corak lain yang boleh dicuba.

Selamat beriang-gembira dengan corak-corak di AI ye...