jangan lupa baca CERITA KAK ALIN...!!!

adik-adik... sila dapatkan KAWAN baru di pasaran ye!!!

Lagi KARIKATUR aku..


MR. RANJINI KHAN


P.RAMLEE

Aku hambaMu yang lemah ya Allah...


Assalamualaikum...

Kali ini aku diuji lagi dengan kesakitan. Entah kenapa, perut aku mula terasa sakit di bawah abdomen. Ku fikir mungkin sakit ku ini akan hilang sendiri setelah ubat penahan sakit ku telan. Tetapi jangkaan aku semakin salah kerana pada hari kedua sakit perut ku semakin bisa. Kepala aku juga pening dan aku mula muntah2. Ahh... jangan dibiarkan... Aku terus ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan. Aku disahkan terkena jangkitan kuman setelah sampel darah aku diambil. Aku pulang dengan berbekalkan ubat, antibiotik dan ubat penahan sakit.
sebentar lagi hilanglah sakitku... Ubat yang dibekalkan doktor telah aku telan mengikut arahan. Tetapi... nampaknya sakit perutku semakin menyucuk-nyucuk. Aduh... tak tertahan aku menanggung. Dah masuk dua hari aku menahannya... Semakin lama semakin bisa diperutku. Kenapa ubat yang aku makan tiada kesannya? Kenapa sakitku tidak hilang? Aku tak mampu membuat apa2 selain terbaring di katil menahan kesakitan. Dua malam aku tak dapat tidur... Ahhh!!! Esok aku mesti ke Pusrawi balik untuk dapatkan rawatan!!!
Masuk hari ketiga aku ke Pusrawi lagi. Aku tak terdaya melawan kesakitan ini. mungkin ubat yang diberi tidak sesuai untukku... Doktor memberikan aku suntikan antibiotik pula... Aku pulang lagi berbekalkan suntikan yang diberi dan ubat2 yang dibekalkan...." kalau suntikan ni dah diambil, biasanya dalam setengah jam atau satu jam hilanglah sakit'" doktor memberitahuku. Sedap hati aku mendengarnya... Tetapi setelah pulang, dah hampir dua jam,nampaknya semakin menjadi-jadi sakitku. Aduhhh... tolong... Bisanya pedih di perutku ini... Kenapa sakitku masih tidak hilang? Kepalaku juga jadi pusing dan aku kembali muntah2... Ya Allah... aku amat lemah ya Allah... Air mataku mula melimpah menahan kesakitan. Hanya padaMu ya Allah tempat kumengadu. Aku tak terdaya menahan kesakitan ini ya Allah... Kasihanilah aku ya Allah... Sememangnya aku bukanlah seorang insan yang kuat.Emosi aku juga semakin berkecamuk bila memikirnya kerja aku yang tertangguh sejak aku sakit. Tetapi , sememangnya aku tak berdaya melakukan segala tanggung-jawab itu semua... Pedih di perutku semakin bisa berbisa... Dan malam itu juga aku tidak dapat tidur.
Masuk hari keempat,aku masih berulang ke Pusrawi... dan akhirnya aku dimasukkan ke wad As-Saadah di Pusrawi... Air mula dimasukkan ke badanku... Masuk hari kedua, dah enam botol air dimasukkan dalam badanku... Alhamdulillah... nampaknyaa perutku semakin kurang sakitnya. Alhamdulillah... Terima Kasih ya Allah... Terima kasih... Aku redha dengan apa yang kau uji ini ya Allah tapi kesakitan itu tak terdaya aku menanggungnya ya Allah...
Alhamdulullhah... sakitku semakin hilang dan esoknya pula aku didatangi oleh seorang doktot pakar. Macam2 soalan diajukan padaku. Dan bermacam2 emosi bermain dibenakku. Nampaknya kehadiran doktor pakar itu hanya untuk melukakan hati aku. alhamdlillah... Hanya Allah yang mengerti... terima kasih doktor kerana membuat hati aku terluka dengan kata2 itu. Alhamdulillah...


Apa yang doktor tu katakan dan apa yang sebenarnya yang berlaku pada perutku ini biarlah aku simpan di hati sahaja. Aku tidak meminta simpati untuk bercerita tentang kesakitanku ini.. Dan aku juga tidak mahu kalian semua muak dengan cerita kesakitan ku ini... biarlah semuanya aku tanggung sendiri...
Apa yang penting sakitku ini telah semakin berkurang walaupun ia mungkin akan berulang lagi... terima kasih ya Allah... Hanya Kau yang maha Mendengar isi hatiku ini... Wassalam...