APABILA TEKANAN PERASAAN MENGGANGGU HIDUP KU!!! AARRRGGGGHHHH!!!

Bagaimana Menghadapi Ujian & Kesusahan

1.Sandarkan Harapan Pada Allah s.w.t. -
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain bermaksud: “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan”.

”Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakal.” (At-Taubah: 129)

2. Minta Pertolongan Dari Allah s.w.t. -
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45)

3. Jangan Sedih dan Kecewa -
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir” (Yusuf : 12)

4. Luapkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.


Ketahuilah bahawa ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah s.w.t.. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Kartunis Jongos

Korang kenal tak siapa ni? Haa.... kalau korang nak tau, ni la kartunis Jongos. Sesiapa yang dok baca majalah KAWAN dari dulu mesti kenal siapa Jongos. Kartunis ni dulu terkenal dengan siri cerita Nostalgia Cikgu Nora dan Deraman Robot.



Haaa.... kat bawah ni kartun Jongos di majalah KAWAN dulu-dulu...






Dan, ini pula adalah wajah kartunis Jongos yang terkini... Kak Alin tak sangka pula akan bertemu kembali dengan kartunis ini setelah sekian lama dia menyepikan diri dari dunia kartunis ni... Semoga sentuhan Jongos akan terus dpt dilihat selepas ini...InsyaAllah!! TERUSKAN BERKARYA KAWAN!!

Juga tempahan dari Green Wave...

Satu lagi tempahan dari GREENWAVE tapi jangan salah anggap... Kak Alin cuma edit gambar ni kat Photoshop je. Gambar asal kat bawah tu