Karikatur Perkahwinan Aisya dan pasangan

Moga kalian berbahagia ke akhir hayat dan diberikan Allah keberkatan dalam rumahtangga. InsyaAllah. Illustrasi yang kak alin lukis ini adalah 100% dilukis di AI( Adobe Illustrator). Dan best bila dapat pelanggan yang tak cerewet macam Aisya ni. Alhamdulillahhh...









Alhamdulillahhh...

Alhamdulillahhhh... Kak Alin menjadi tetamu di segmen 'ZON ARTIS BERSAMA' di majalah komik dakwah 'UOK'(Bilangan 3). Jadi, jom la kita dapatkan majalah ni sebelum kehabisan ye.





Jom Mengaji!!!

Moga ALLAH terangkan hati Kak Alin dan kawan-kawan 
untuk memperbaiki bacaan Al quran dan fasihkan lisan kita 
untuk membaca dan menghayati kalam-NYA.. Amin....


Bacalah al-Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"

"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah maka dirikanlah solat, kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Tuhannya."

Jom tanamkan rasa cinta 
kita pada Al-Quran. ALLAHU akbar!

Cara melukis 'bunga pegang pengantin' di Adobe Illustrator

Assalamualaikummm... Baik, kali ni Kak Alin nak
tunjukkan macam mana nak 
lukiskan 'vector' bunga pegang untuk
pengantin. Senang dan 'simple' sangat.

Ikut je penerangan dalam gambar ini ye... 
Kalau tak faham boleh tanya Kak Alin.







 Haaaaa... Kan dah siap. Senang kan?

SEMUA ALLAH PUNYA

Apa yang 'best' sangat gambar tengkorak ni sampai Kak Alin 'upload' kat
blog kak Alin ni ye? Cer tengok betul-betul. Cantik tak tengkorak ni?


Sebenarnya apa yang ingin Kak Alin ingin berkongsi di sini ialah, setiap
manusia di muka bumi ALLAH ini... seCANTIK mana, seMEWAH mana,
seGLAMOR mana, seHEBAT mana, waima sePOWER manapun kita,
...AKHIRNYA BEGINILAH RUPA KITA.
(jadi tengkorak der...)

Semua yang ada pada kita hanya pinjaman belaka dan hanya AMAL
kita yang akan kita hadapkan di hadapan-NYA. Mmmmm...
Tu je yang Kak Alin nak kata... yang lain masing-masing pikir sendiri ye...

Tempahan doodles dari ISLAM4UKIDS

Tempahan doodles dari http://islam4ukids.com/  untuk laman web/ kedai onlinenya...

Tempahan karikatur dari Fatimahibtisam untuk sahabatnya...

Alhamdulillahhh... Buat kali ke-4, Fatimahibtisam 
menempah karikatur dari Kak Alin. Sangat-sangat 
berterima kasih buat Fatimah..:)


Poster untuk UOK. UOK BAEEKKK PUNYAA...

 Maaflah pasal punya la besar BAGAK 'watermark' Kak Alin tu.
Semuanya pasal poster ni belum diterbitkan. Maka sesiapa
yang berminat dengan poster ni bolehlah dapatkan dalam
majalah UOK Edisi ke-4 nanti ye.. Boleh lekat kat dalam bilik
tidur mahupun di bilik asrama... Mantop!!!

Doodles untuk REDGURL buat kali kedua

Tempahan untuk doodles REDGURL buat kali kedua. 
Terima kasih banyak kerana sudi menempah doodles dengan Kak Alin.
MAAF kerana Kak Alin letak perkataan PAID tu pasal semenjak dua menjak ni selalu sangat Kak Alin TERKENA dengan insan-insan yang CULAS untuk membuat bayaran.

Karikatur Panglima RYL dan Wirawati

Alhamdulillahhh... Dalam keadaan yang meruncing dalam mengejar dateline, karikatur PANGLIMA RYL dan WIRAWATI ini dapat Kak Alin siapkan.


MAAF kerana Kak Alin letak perkataan PAID tu pasal
semenjak dua menjak ni selalu sangat 
Kak Alin TERKENA dengan insan-insan
yang CULAS untuk membuat bayaran.

JOM BACA KOMIK DAKWAH KAT SINI!

Assalamualaikum... Kat sini ada banyak kartun dan 
komik yang boleh dibaca dan dikongsi bersama. Jom la join!


Tempahan Karikatur Pengantin Izuwaun & pasangan



Ada sedikit pembetulan di muka lelaki. Kak Alin lukis tergemuk' 
sikit mukanya. Sori ye Izuwaun. Terima kasih sudi menempah karikatur pada Kak Alin.