Kartun di Malaysia
Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon". Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.
Sejarah perkartunan di Malaysia berlaku sebelum kemerdekaannya. Ia bermula selaras dengan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar dalam tulisan Jawi dan Rumi seperti Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu dan sebagainya. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam kartun di tanah air pada masa itu yang diketahui ialah Osman Kangkung, Saidin Yahya. Selepas era kemerdekaan, peranan filem dan pentas bangsawan memainkan peranan dalam sebagai media hiburan. Lawak jenaka pentas bangsawan berunsur "comical scetches". Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati dari para peminat filem-filem Melayu.
Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin bagi kartunis-kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir melalui majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R.Hamzah, Hussain Saad, Kassim (Mojo) dan ramai lagi dari pelbagai lapisan kerjaya. Rejabhad merupakan kartunis dari pasukan askar Melayu, manakala Rossem pula dari Pasukan Polis Hutan.Ada yang sepenuh masa sebagai pelukis.
Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano,Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis berkarya termasuk Mishar, Don, Kerengge, Long (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga ia ditutup.
Majalah BUJAL terbitan Rizalman melalui Raz Studio adalah contoh sebuah majalah kartun yang mendapat tempat di hati kanak-kanak dan pembaca pada tahun 1980an. Kerekter Bujal yang dicipta Rizalman dan Bujil oleh Nasah masih diingati hingga sekarang. Pun begitu, karekter Bambino melalui majalah BAMBINO adalah ikon-ikon pada masa itu. Ikon-ikon lain seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB)akan terus berada di bibir peminat kartun.
Petikan dari... Wikipedia
1 ulasan:
What's up, the whole thing is going nicely here and ofcourse every one is sharing information, that's genuinelу
fine, keep up wгiting.
Here is my web site; ipadrepairpenang.blogspot.com
Post a Comment