Belajar menghargai...


Assalamualaikum...

Ada la suatu hari tu member aku dengan kelam kabut dan dengan agak terdesak meminta tolong untuk aku mencipta logo, letterhead dan design t.shirt untuk sebuah syarikat persendirian. Walaupun tengah sibuk dengan 'dateline' tapi kawan-kawan punya pasal aku terima jugak la 'job' tu. Ada la dia berjanji dengan sedikit habuan. Orait jugak tu..
Malam tu jugak aku berhempas-pulas tak tidur menyiapkan 'projek yang diberi. Dekat pukul 4 pagi aku berusaha meyudahkan 'projek tu...
Pagi esok, aku pergi ofis, terus dia minta apa yang dijanjikan.Siap!! Kepala 'hotak' aku bekerja malam tadi dok pikir idea nak buat logo. Tapi tak pa... semua dah settle...
Bila bahan sudah diterima, biasalah mesti ada sedikit pembetulan... tak pa.. tu biasa... Tapi yang tak biasanya melampau-lampau la pulak pembetulannya. Letih aku dibuatnya. Dalam masa 'dateline' separuh nyawa tu, aku gagahkan juga...
Rupanya tak habis di situ... aku terpaksa bawa balik untuk buat lebih banyak pembetulan. Ahhh... sempoilah malas nak pikir... ikut je la... 'Customer always right'... Layan je... Esoknya pula aku serahkan tanggung-jawab aku tu... Ingatkan dah bereh... Huhh!! Ada lagi yang tak kena... layan lagiii... akhirnya settle juga semuanya...
Tenang hati aku kerja dah bereh... " Aaaaa... lin, nanti aku bayar ye kerja yang ko buat ni" kawan aku tu bersuara. Aper ada hal?? Tak kisah la kawan-kawan.. Takkan nak berkira sangat... Dan pasal tak berkira sangat tu la, sekarang dah masuk 6 bulan, satu sen dia tak bayar aku..!! Aku jadi bingunggg!!! Ini balasannya kerja aku sampai 2 hari aku tak tidur malam, idea nak rabak aku cari, masuk grafik guna photoshop, illustrator bagai, ini yang aku dapat..??? HHaaaah!!!

KAU ORANG PIKIRLAH SENDIRI!!!

siri... LAGI... MAK CHOR

Bukan niat aku untuk membawa para pembaca untuk mempercayai perkara yang tahyul atupun hantu cuma ingin berkongsi cerita yang pernah disampaikan padaku sewaktu kecil dulu...Tetapi, satu kenyataan iaitu syaitan (makhluk halus) itu benar-benar wujud.

"Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah Al-An'am : 142)..

siri 11...


siri 12


untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila dapatkan peper KOSMO setiap hari!!!

Apa nak jadi ntah...


Dah masuk 2 minggu... aku dok lagu ni je... Kenapa la kepala aku sakit macam ni? Kadang-kadang rasa macam tak tertanggung.Aku tak boleh nak fokus pada satu2 kerja. Asyik nak lepak je... Tak larat nak buat apa. Kepala aku terasa berat dan diselang-seli pulak dengan rasa pening tak menentu. Pusing tujuh keliling, macam nak pitam dan loya. Dada aku mudah sesak dan letih semacam je... Entahlah....