Jom melukis langsir di Adobe Illustrator!!!

Assalamualaikummm... Cantik tak lukisan langsir kak Alin ni? Haaaa... Kalau cantik, cer cuba lukis macam Kak Alin ni ye.. Kak Alin pun baru belajar melukis langsir ni. Cuba buka link yang Kak Alin berikan di bawah.. Buat jangan tak buat tau!!





Jom ikut langkah-langkah melukis langsir di... Selamat mencuba!!
http://www.noupe.com/design/adobe-illustrator-tutorial-creating-a-realistic-curtain.html

Karikatur Perkahwinan DIN & JU

Assalamualaikummm... Alhamdulillah... Berjaya juga Kak Alin siapkan karikatur ni. Biasa dalam seminggu Kak Alin akan siapkan tempahan. Memandangkan melukiskan karikatur ni kerjaya sampingan Kak Alin sahaja. Jadi bila sibuk dengan kerja-kerja hakiki di ofis, kadang-kadang tertunda juga kerja hok satu ni. Tapi... tapi... tapi.... wahai Hasaruddin... tahukoh demo Kak Lin ni setengah mati sebenarnya nak siapkan karikatur ni? Aduuuuiiiii... Panjang ceritanya.. Tapi x pa... Kak Lin pendekkan je. Sebenarnya karikatur ni adalah yang kedua Kak Alin buat. Kali pertama masa semua dah beres ingat nak tambah sikit-sikit nak bagi cantik sikit, sekali laptop buat hal. Terus gelap dan begitu jugalah gelapnya pandangan dan jiwa Kak Alin. On balik laptop... terus hilang bahan tadi. Memang tak masuk akai. Karikatur tu hilang terus. Rasa macam nak terjun bangunan je... huuu.... tapi... takkan Kak Alin nak buat gitu kan? Makanya dengan linangan air mata Kak Alin memulakan kembali karikatur Hasarudin dan pasangan dari A balik. Sedih nya Allah je tahu... Huuu...
Dugaan betul... Tapi... Tu la dengan kekuatan semangat yang Allah bagi pinjam, Kak Alin berjaya siapkan karikatur ni bukan satu tapi dua... sampai dua hang order kan Din. Alhamdulillahhh... Haa... Gitulah cerita di sebalik pembukinan karikatur Din & Ju ni... Aikk.. panjang la pulak cerita Kak Alin kali ni. Pecah rekod sendiri... Apa-apahalpun... Moga Din & Jue berbahagia meniti hari-hari yang bahagia itu nanti ye... Kak Alin doakan moga kalian sentiasa berada di dalam keberkatan-NYA. AMINNNNN...


Seni Khat Yang Sangat Cantik

Assalamualaikum... Kak Alin sangat-sangat teruja dengan seni khat yang dihasilkan ini. Lama dah Kak Alin berangan dan bertekat untuk belajar khat ni. Tunggu satu hari nanti... Ini adalah hasil kreativiti seorang hamba Allah di gerai majalah IMAN di karnival JOM FIESTA (Utusan Karya).Rasa-rasa belajar dengan AWANG PURBA ok kot... Lama dah juga dok kagum dengan hasil-hasil karya AWANG PURBA ni... InsyaAllah...


ASSALAMUALAIKUM......



Assalamualaikum...
http://facemot.blogspot.com/http://facemot.blogspot.com/http://facemot.blogspot.com/
Mulakan pagi ini dengan senyuman... Mmmmm... 
Buat hamba Allah yang sorang ni.
Ok... Tak dak hal punya..
Simpanlah RM30 hak mutlak
 milik anda tu (ada aku kesah???) dan 
sememangnya kartun kak Alin sangat
tidak layak untuk anda yang sangat sempurna. 
Alhamdulillahhhhh.... Jadi, simpan 
baik-baik harta anda dan jangan risau, 
kartun yang buruk lagi menjengkelkan
http://facemot.blogspot.com/
macam mata katak 
tu kak alin akan gunakan di majalah 
IMAN kesayangan Kak Alin. 
Mungkin di situ lebih layak bagi dia. 
yang baik itu datang dari ALLAH dan 
yang buruk itu datangnya dari Kak Alin jualah adanya...
Apa-apa hal http://facemot.blogspot.com/
Terima Kasih banyak-banyak....

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Assalamualaikummm... Dalam sedar tak sedar ramai dah pasangan yang telah dikarikaturkan oleh Kak Alin telah dikurniakan zuriat. Alhamdulillah... Ni yang Kak Alin dapat kesan je yang lain tu ramai yang terputus hubungan terus.. Walau apa-apapun Kak Alin doakan semoga kalian berbahagia ke akhirnya dan sentiasa diberkati Allah s.w.t. Doakan Kak Alin juga ye...... Aminnn...

 TAHNIAH BUAT...


 Waima...  Kate Middleton & Putera William juga 
akan mendapat zuriat tak lama lagi... Heee...

Jadi kat sini Kak Alin ada satu persoalan yang 
bermain di benak hati ini.... Bila masa 'turn' Kak Alin pula???? Huuu... Hanya ALLAH yang boleh beri  jawapan di atas PENANTIAN Kak Alin ini... 
YA ALLAH.. KAU KABULKANLAH DOAKU INI YA ALLAH... 
AMINNNNNNN...
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari Kak Alin 
jualah puncanya. Hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI rahsia 
disetiap kejadian dan HIKMAH yang tersembunyi di sebaliknya...

Alhamdulillahhh....

Alhamdulillahhh... Kartun Kak Alin yang ditempah telahpun menjadi 'trademark' bagi produk SIS LEA SAFUAN. Siapa nak belajar memasak atau nak order barang keperluan untuk masak kek, 'creep' dan keperluan memasak yang lain bleh order dengan SIS LEA ni ye. Moga murah rezeki SIS LEA seisi keluarga. Aminnn...





Moga pok cik mok cik ni sihat sokmo dan berbahagia selamanya... Amin...

Juga terima kasih buat Sha (shamisha84@yahoo.com) yang sudi menempah karikatur ini buat ayah dan ibunya yang tersayang...