LU FIKIRLAH SENDIRI!
FIKIR-FIKIRKAN...

20 penduduk miskin maut



KARACHI - Sebanyak 20 wanita dan kanak-kanak maut dipijak dalam tragedi rempuhan yang berlaku di sebuah tangga dan lorong apabila petugas-petugas kebajikan mengagihkan tepung percuma di Pakistan semalam, kata beberapa pegawai.

Puluhan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga miskin berasak-asak di tingkat pertama pejabat sebuah badan kebajikan di kawasan perumahan Taman Khori di sini menjelang tengah hari.

Tragedi itu berlaku empat hari selepas insiden rempuhan yang membunuh lima kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah awam di New Delhi, ibu kota India yang berjiran dengan Pakistan.

"Setakat ini kami menerima jenazah 20 wanita dan budak perempuan manakala lebih 30 yang lain cedera," kata seorang pegawai di Hospital Awam Karachi, Amin Khan.

Ketua Polis Karachi, Wasim Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 18 wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam rempuhan itu.

"Kematian berpunca akibat kelemasan dan rempuhan di kawasan penduduk paling ramai di Taman Khori di mana sebuah badan kebajikan mengagihkan tepung gandum percuma kepada ratusan wanita dan kanak-kanak pada bulan Ramadan," tambahnya... (akhbar KOSMO)

BERSYUKURLAH KITA KERANA SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA, KITA TIDAK PERLU MENGGADAI NYAWA SEBEGINI UNTUK MENDAPATKAN REZEKI ...

ALHAMDULILLAH...BERSYUKUR KEPADA ALLAH...

Kartun di Malaysia

Kartun di Malaysia

Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon". Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.

Sejarah perkartunan di Malaysia berlaku sebelum kemerdekaannya. Ia bermula selaras dengan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar dalam tulisan Jawi dan Rumi seperti Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu dan sebagainya. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam kartun di tanah air pada masa itu yang diketahui ialah Osman Kangkung, Saidin Yahya. Selepas era kemerdekaan, peranan filem dan pentas bangsawan memainkan peranan dalam sebagai media hiburan. Lawak jenaka pentas bangsawan berunsur "comical scetches". Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati dari para peminat filem-filem Melayu.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin bagi kartunis-kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir melalui majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R.Hamzah, Hussain Saad, Kassim (Mojo) dan ramai lagi dari pelbagai lapisan kerjaya. Rejabhad merupakan kartunis dari pasukan askar Melayu, manakala Rossem pula dari Pasukan Polis Hutan.Ada yang sepenuh masa sebagai pelukis.

Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano,Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis berkarya termasuk Mishar, Don, Kerengge, Long (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga ia ditutup.

Majalah BUJAL terbitan Rizalman melalui Raz Studio adalah contoh sebuah majalah kartun yang mendapat tempat di hati kanak-kanak dan pembaca pada tahun 1980an. Kerekter Bujal yang dicipta Rizalman dan Bujil oleh Nasah masih diingati hingga sekarang. Pun begitu, karekter Bambino melalui majalah BAMBINO adalah ikon-ikon pada masa itu. Ikon-ikon lain seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB)akan terus berada di bibir peminat kartun.

Petikan dari... Wikipedia

APA KHABAR WAK???

WAK... Jangan lupa kawan-kawan kat UKSB!

Serba sedikit pengenalan...


Entahlah... memang dari kecik, aku ni minat sangat melukis. Mungkin minat aku ni turun dari bapak aku yang juga minat melukis.
Memang dari sekolah lagi aku dah mula melibatkan diri dalam bidang kartun ni. Semua majalah kartun kat Malaysia ni aku hantar hasil kartun aku... kot boleh masuk.
Dan aku masih ingat, kartun aku yang 'first' sekali dalam hidup aku ni tersiar dalam majalah 'GELAGAT'. Bangga sekali aku waktu tu. Tapi yang sedihnya aku hanya dapat tengok kat kedai buku je... Pasal masa tu 'budget' tak de... Maklumlah, belanja sekolah pun ciput je... Tapi semangat punya pasal, aku ikat perut... Tak makan pun tak apa janji dapat beli 'GELAGAT' tu.
Akhirnya dapat juga aku beli majalah tu. Dapat je.... perrgggh... aku teliti katun dalam majalah tu sampai pagi sampai malam dok tengok 'page' tu je...Puas betul hati aku...
Haaa.... begitulah serba sedikit permulaan hidup aku sebagai seorang pelukis kartun. Hidup kartunis Malaysia!