FIKIR-FIKIRKAN...

20 penduduk miskin maut



KARACHI - Sebanyak 20 wanita dan kanak-kanak maut dipijak dalam tragedi rempuhan yang berlaku di sebuah tangga dan lorong apabila petugas-petugas kebajikan mengagihkan tepung percuma di Pakistan semalam, kata beberapa pegawai.

Puluhan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga miskin berasak-asak di tingkat pertama pejabat sebuah badan kebajikan di kawasan perumahan Taman Khori di sini menjelang tengah hari.

Tragedi itu berlaku empat hari selepas insiden rempuhan yang membunuh lima kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah awam di New Delhi, ibu kota India yang berjiran dengan Pakistan.

"Setakat ini kami menerima jenazah 20 wanita dan budak perempuan manakala lebih 30 yang lain cedera," kata seorang pegawai di Hospital Awam Karachi, Amin Khan.

Ketua Polis Karachi, Wasim Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 18 wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam rempuhan itu.

"Kematian berpunca akibat kelemasan dan rempuhan di kawasan penduduk paling ramai di Taman Khori di mana sebuah badan kebajikan mengagihkan tepung gandum percuma kepada ratusan wanita dan kanak-kanak pada bulan Ramadan," tambahnya... (akhbar KOSMO)

BERSYUKURLAH KITA KERANA SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA, KITA TIDAK PERLU MENGGADAI NYAWA SEBEGINI UNTUK MENDAPATKAN REZEKI ...

ALHAMDULILLAH...BERSYUKUR KEPADA ALLAH...

0 ulasan: