Kartun muslim dan muslimah remaja

Tempahan kartun muslim dan muslimah dari
 RAFIQ KHAIRUDIN. Terima kasih banyak Rafiq
(Tempahan kali kedua dari Rafiq)


Dari bangku sekolah...

Dari bangku sekolah ke jinjang pelamin. Alhamdulillah.. 
Selamat menempuh alam rumahtangga buat Izzati dan pasangan...


Vector untuk REDGURL

Alhamdulillah mendapat tempahan 
kartun/vector dari REDGURL.

Sebenarnya minat Kak Alin dalam bidang lukisan sangat mendalam semenjak kecil. Dan Kak Alin agak kecewa dan sedih bila majalah dimana tempat Kak Alin mencari makan iaitu majalah KAWAN telah ditutup atas sebab-sebab tertentu. Dan bermula dari situ juga tangan Kak Alin sangat kurang melukis. Tetapi dalam sedar tak sedar, masih ada insan-insan yang telah dilorongkan hatinya untuk menempah kartun dan karikatur dari Kak Alin. Makanya sampai sekarang Kak Alin masih berkarya. Alhamdulillah...

Kenangan 1: Maskot KAWAN diserbu peminat. 

Kenangan 2: Majalah KAWAN terakhir 
yang diterbitkan pada Ogos 2010.
Siapa turut bersedih KAWAN dah tak dak,
SILA ANGKAT JARI!!! Heeee...

Selamat Pengantin Baru Mrs. Alang & Mr. Alang

Selamat Pengantin Baru Mrs. Alang & Mr. Alang. 
Semoga Berbahagia Ke Akhir Hayat. Aminnn....


Mrs. Alang ini juga adalah 'regular  customer'
Kak Alin dari zaman dia bujang lagi. 
Alhamdulillahhh... 
Terima Kasih banyak
TSUKINO USAGI.