Karikatur Perkahwinan DIN & JU

Assalamualaikummm... Alhamdulillah... Berjaya juga Kak Alin siapkan karikatur ni. Biasa dalam seminggu Kak Alin akan siapkan tempahan. Memandangkan melukiskan karikatur ni kerjaya sampingan Kak Alin sahaja. Jadi bila sibuk dengan kerja-kerja hakiki di ofis, kadang-kadang tertunda juga kerja hok satu ni. Tapi... tapi... tapi.... wahai Hasaruddin... tahukoh demo Kak Lin ni setengah mati sebenarnya nak siapkan karikatur ni? Aduuuuiiiii... Panjang ceritanya.. Tapi x pa... Kak Lin pendekkan je. Sebenarnya karikatur ni adalah yang kedua Kak Alin buat. Kali pertama masa semua dah beres ingat nak tambah sikit-sikit nak bagi cantik sikit, sekali laptop buat hal. Terus gelap dan begitu jugalah gelapnya pandangan dan jiwa Kak Alin. On balik laptop... terus hilang bahan tadi. Memang tak masuk akai. Karikatur tu hilang terus. Rasa macam nak terjun bangunan je... huuu.... tapi... takkan Kak Alin nak buat gitu kan? Makanya dengan linangan air mata Kak Alin memulakan kembali karikatur Hasarudin dan pasangan dari A balik. Sedih nya Allah je tahu... Huuu...
Dugaan betul... Tapi... Tu la dengan kekuatan semangat yang Allah bagi pinjam, Kak Alin berjaya siapkan karikatur ni bukan satu tapi dua... sampai dua hang order kan Din. Alhamdulillahhh... Haa... Gitulah cerita di sebalik pembukinan karikatur Din & Ju ni... Aikk.. panjang la pulak cerita Kak Alin kali ni. Pecah rekod sendiri... Apa-apahalpun... Moga Din & Jue berbahagia meniti hari-hari yang bahagia itu nanti ye... Kak Alin doakan moga kalian sentiasa berada di dalam keberkatan-NYA. AMINNNNN...


0 ulasan: