Doa Agar Diberi Ketetapan Hati
Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat
kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati
kita semua pada agamaNYA,
Amin Ya Rabbal Alamin
Amin Ya Rabbal Alamin
Karikatur Perkahwinan Versi Pemancing Tegar
Tempahan kartun/doodles perkahwinan dari MADUTIGA TERSEPIT.
Memang pemancing TEGAR insan yang bernama MADUTIGA TERSEPIT ni...
Memang pemancing TEGAR insan yang bernama MADUTIGA TERSEPIT ni...
Qasidah Wahai Purnama (Ya Badrotim)
•●♥ يَا بَدْرَتِم ♥●•
يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ
مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ
أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا
فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَل
رَبِّكَ اسْتَنَارَ الْكَوْنُ يَا عَلَمَ الْهُدَى
بِالنُّوْرِ وَالإِنْعَـامِ وَالإِفْضَالِ
صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا
أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ
قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَال
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Biru ‘an ‘ulaka maqoli
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula (2x)
Famahauta bilanwari kulla dholali
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman (2x)
Abada ma’al ibkaari wal asoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali
Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Zikir Fatimah Az Zahra
Zikir Fatimah Az Zahra
Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah ( Allahu akbar) 34x, bertasbihlah (subhanallah) sebanyak 33x dan bertahmidlah (Alhamdulillah)sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.
Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.
Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.
Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.
Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.
Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.
Begitulah wahai kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.
Kredit to: http://www.kasihsalina.com
Rukun IMAN
•●♥Apa itu Rukun Iman?♥●•
1. Beriman kepada Allah.
Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafika segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.
2. Beriman kepada malaikat.
Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan Allah.
3. Beriman kepada kitab.
Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.
4. Beriman kepada nabi dan rasul.
Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad.
5. Beriman kepada hari kiamat.
Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.
6. Beriman kepada qada' dan qadar.
Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.
Logo Butik Dan Salon Muslimah
Assalamualaikum... Tugasan melukis kembali logo
bagi Logo Butik dan Salon Muslimah.
Terima kasih AM COLLECTION
PELEKAT/STIKER KERETA
Alhamdulillahhh... Projek PELEKAT untuk kereta dari En. Fadzil
berjalan dengan lancar. 50 illusrasi telah disiapkan. Terima Kasih..
SWEET jer... :)
Alhamdulillahhh... Macam SWEEEEET jer pengantin ni kan?
Suka pulak Kak Alin tengok. Sojuk pulak mato momandang.
Heee... Terima kasih Noorul Husna Suep yang sudi
menempah kartun perkahwinan ini dengan Kak Alin.
Suka pulak Kak Alin tengok. Sojuk pulak mato momandang.
Heee... Terima kasih Noorul Husna Suep yang sudi
menempah kartun perkahwinan ini dengan Kak Alin.
~ Maaf, watermark agak sedikit over. Almaklum,
hak milik mutlak yang menempah.~
Baby ARYAN yang comel
Tempahan karikatur bayi. Terima kasih mama Noor Azzurra Sa'ari
yang menempah karikatur untuk baby ARYAN yang tomey tomey.