UKHWAH ITU INDAH

Assalamualaikum...
Kali ni Kak Alin nak cerita sikit al kisah pada suatu pagi... Kak Alin melalui jalan di Taman Shamelin Perkasa. Dan juga melalui tempat kerja lama Kak Alin, Utusan Karya dulu sebelum dipindahkan ke Bangi, Selangor. Banyak sangat perubahan di situ. Bangunan itu telah dijadikan sebuah gudang sebuah syarikat lain. Mata Kak Alin juga terpandang mak cik dan pak cik yang menjual nasi lemak di hadapan bangunan tu. Yaa... di situlah tempat untuk Kak Alin mencari sarapan pagi, boleh kata setiap hari suatu ketika dulu. Sepasang suami isteri yang tua berniaga nasi lemak dengan harga yang sangat berbaloi dan masakannya juga boleh tahan sedap. "Lin, mak cik dah nampak kamu dari jauh tadi.. ingatkan orang lain"... Huuu... macam nak menitik air mata... hampir 8 tahun tak berjumpa, mak cik masih ingat pada Kak Alin. Terharunya rasa... Kalau Kak Alin memanglah ingat pasal tiap-tiap hari dah balun nasi lemak mak cik tu dulu. Tapi kalau nak diikutkan mak cik dan pak cik tu punyalah ramai pelanggan dia, takkan masih ingat pada Kak Alin. Nak pulak dengan Kak Alin yang sememangnya BERAT MULUT ni.. Susah orang nak ingat. Yang lagi terharu mak cik tu boleh tanya... "Hakim sekarang dah besar mana?". Sangat kuat ingatan pak cik dan mak cik ni... Bertambah terharu Kak Alin. Hakim, anak tunggal Kak Alin dah pun berusia 9 tahun.. Entahlah... nak dipendekkan cerita... UKHWAH yang terjalin ini Kak Alin rasa terlalu MANIS dan INDAH. Semoga pak cik dan mak cik akan beroleh sesejahteraan dan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta diberi keberkatan hidup di dunia dan di akhirat dari yang maha ESA.
Aminnnn...

Karikatur Perkahwinan untuk Dayang Zahrina dan Hasbullah dari Sarawak

Semoga kasih-sayang sampai ke syurga buat
Dayang Zahrina dan Hasbullah.. Aminnn...