Ada yang bertanya apa itu vector.??
Vector adalah satu jenis image yang terbentuk daripada koleksi garisan dan lengkongan yang bersambung antara satu sama lain.
Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan matematik dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Resolution vector image tidak terbatas kepada penggunaan pixel kerana ianya adalah dari hasil pengiraan matematik seperti yang saya terangkan.
Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan dan tidak pula mengalami kehilangan kualiti. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
1. Logo
2. Animasi
3. Kartun
4. Clip art
5. Button
6. Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
1. Adobe Illustrator
2. Corel Draw
3. AutoCAD
4. Macromedia/Adobe Flash
5. Macromedia FreeHand
Setiap software tersebut mempunyai keistimewaan berbeza bergantung kepada imej yang ingin dibuat. Seperti contoh untuk web design penggunaan Adobe Illustrator adalah popular dikalangan web grafik designer manakala penggunaan AutoCAD adalah popular dikalangan Arkitek dan Interior Designer.
Anda pasti pernah melihat imej-imej Flash yang mana apabila anda cuba untuk Zoom In kan dia kelihatan tidak langsung imej tersebut pecah. Itulah contoh imej vektor yang saya maksudkan. Antara file-file imej yang disavekan di dalam vector adalah .eps, .ai, dan .swf.
(rujukan dari... http://sedili.blogspot.com/)
0 ulasan:
Post a Comment