DOA BUAT MH370

Ya Allah jadikanlah ia asbab hidayat kepada manusia seluruh alam mengenal bahawa segala yang berlaku nak bawa kita semua pada Allah.....Ya Allah jadikanlah setiap orang apa pun bidangnya akan letak 'Allah' nombor satu.

Wahai Allah kaulah kekasih kami. Kaulah segalanya. Tidak berhenti kebaikan yang kau beri pada kami. Ya Allah dulu kami tidak boleh bercakap kau yang beri kami bercakap. Ya Allah dulu kami tidak boleh melihat dan berjalan. Kaulah yang buat telah beri dan buat segalanya...

Ya Allah masukkanlah cintaMu dalam hati kami, keluarga kami, dan seluruh manusia seluruh dunia sebelum.kami tinggalkan dunia...ya Allah berilah hidayat kepada 7 bilion manusia dalam dunia ini. Kamilah orang paling bahagia jika mendapat hakikat cinta ini. Tiada yang lebih malang dari kehilangan cinta ini..

Ya Allah temukanlah dan mudahkan segala urusan MH370 dan pelihara keluarga mereka dan cucuri rahmat dan kesabaran pada mereka...
- Ustaz ebit lew


0 ulasan: